Thursday, October 25, 2012

=)

kuberserah


andai dia adalah untuk dia.

Friday, October 5, 2012

cerita terkini yang bukan sensasi

Assalamualaikum wbt

Hari nih dah hari ke berapa ntah aku kerja. first time dalam hidup, aku kerja.  first trial, terus kerja shif. T_____T .penat ya Rabbi.

pegi kerja, matahari baru naik, balik kerja, bulan dah muncul. sadiskan?

kadang3, aku terpikir, sampai bila aku nak cenggini. sedih pun ada juga. after balik kerja, terdetik dalam hati.. apa yang aku dah buat untuk agama pada hari nih? zero!

T_________T

Owh Allah, tunjukkilah aku jalanMu .

Sunday, September 9, 2012

umur beroda

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.. cewah!


kadang kala kita berada di atas. kadang kala juga kita di bawah. selalu sangat dengar kata3 cenggini. sebabnya, kita kena selalu beringat.

masa kecik3 dulu, aku sangat teringin sangat nak jadi orang besau. sebab dah malas pakai baju sekolah. nak pakai baju yang tak beruniform plak. tapi, bila dah besau, tak sabau3 nak abes belaja. sebab dah malas buat assignment yang melambak plus keje groupwork (yang selalunya aku dapat sorang dua groupmate yang berperasaan bagos). ok, malas nak hengat. benda lama.

dan bila..bila  dah abes belaja. datang lagi masalah lain plop, pasal kerja. offer kerja tuh ada, tetapi semua pekerjaan yang di ofer memerlukan transport. so, secara sukarelapaksa nya aku terpaksa menolak. camno nak ade transport sendiri kalau belum start kerja (aku pon hairan).

dan masalah sekarang pon sama, ada offer lagi tapi pasal transport gak. bertambah nya problem bila naik moto pon aku tak retireti. sekurang3 nya aku kena ada kereta (sebab lesen kereta aje aku ade).

so, disebabkan masalah berulang. dengan berlapang dada, sekali lagi aku menolak kerja yang halal lagi mulia ini. -sebab Allah dah menulis pekerjaan yang terbaik untuk aku. bila dan di mana? masih menjadi rahsia Allah-

:mengharapkan satu hari nanti ada yang betul3 ikhlas nak ambek aku kerja tanpa melihat kepada harta benda yang aku ada.sekian.

Tuesday, September 4, 2012

dulu punya cerita

Assalamualaikum wbt =)

ehem. ehem.. soundcheck. soundcheck. ehemmmm..dah lama benOr rasa takhapdate ini blOg. tup3! dah abes belaja dah.

 alhamdulillah, dengan keluarnya result final sem 8 baru3 nih, maka secara official, status bertukar. status; bergraduat. syukur sangat3. =)

 ramai yang mendoakan aku. yang aku tahu, dan juga yang aku tak tahu. hanya Allah yang mampu membalas jasa dan doa kalian. jazakillah. kalau di ingat-ingat balik. kesusahan dan kepayahan untuk menyiapkan fyp (final year project) macam tak percaya. aku mampu buat berkat doa orang3 sekeliling. khasnya, ummi.

 time aku tensen, ummi lah penghibur. bergayut lah dengan ummi berjam3. banyak kali lah macam tuh. sebab aku selalu tensen. nak cerita kat kawan3, kawan3 pun punyai masalah dan mungkin tahap ketensenan mereka lagi tinggi dari aku.

 tapi, tapi.. yang aku paling salute kawan3 aku, mereka tetap berikan senyuman walaupun tensen ngan FYP masing3. dan..dan.. bertapa 'power'nya senyuman dorang, boleh buat aku lupa sekejap masalah FYP aku. woha!


 nota kaki; AKU RINDUKAN MEREKA sebenarnya. sObs.sObs.. itu aje entry aku kali nih. wassalam ='(

Friday, February 10, 2012

azam di umur baru

wishlist tahun nih sebenarnya banyak! sampai xtau nak start tulis dari mana.

pertama-tamanya...aku nak buang bahasa sarkastik yang aku terbiasa guna. pedih woo sape kena.. tapi itulaa..makin nak buang makin kerap plak guna. syuh3! pegilaa sarkastik oii.aku da xnak buat org sentap walaupun aku bercakap dalam erti kejujuran (erk?.mcm dialog vanilla coklat la plop)

kedua-duanya.. eden.nak simpan tentang perkara yang eden tau ataupun tertau, tau dengan tak sengaja. melainkan perkara tuh membawa kebaikan. eden ngak mau memberi saham buruk kat orang. p duk nyampai3 cerita. takot ler. ngak mau begitu. sebelum pape yg lebih buruk terjadi (spt fitnah, umpatan atau cacian) baik diamkan aje walaupun tau cerita tersebut.

haa..dua ni jelaa setakat nih aku nak istiqamah. kena kuat wooo..sebab aku nih pompuan. suka bercakap + banyak. (baik jadi pendiam sebenarnya, kurang dosa)


nota kaki:

susah jgk ye nak tanggalkan sisa-sisa jahiliah dalam diri. buat sahabat3 di luar sana, doakan aku. doakan aku istiqamah.. insya Allah. ameen3...

Wednesday, February 8, 2012

fyP

baca balik tajuk pon bole tensen! ..fyp, stand for 'final year project'. dan sbb fyp lah aku bersama3 kawan3 yang lain masih berada di kolej walaupun ketika cuti sem (detik ini).

:doakan kami punya projek berjalan dengan lancar ,ye. insya Allah..:

sampai satu tahap, kalau ada projek tak smooth, aku cuma fikir satu perkara. nak balik! seriusly,... mau tenang fikiran mungkin. dan perkara kedua, nak kahwin! ntahpapentah. asal tensen, itu laa perkara yang boleh pikir. dan pas kepala normal sket, pandai3 lah aku handle ketensenan aku tuh mengikut akal dan iman yang tipis.

tapi serius,kali ini, stuck lagi. tak cukup bikar. dan seterusnya,aku hanya pikir, mau balik! balik ganu laa. balik!

sampai satu tahap, aku da boleh bt hipotesis untuk diri sendiri

:semakin tua, semakin homesick:

ntahpapentah.


nota kaki:
asal kalo aku tgok someone tuh aku rasa sebak + nak nanges.kenapa ye?..tapi, seperti biasa, aku diberikan kelebihan muka ngak bole menunjukkan riak ataupun perasaan kat hati. muka aku steady gitu je. sedeh ke, gembira ke, berdebor ke, apa-apa laa yang berkaitan dengan perasaan.

tapi, serius,tgok 'dia' aku rasa mau nangis. mungkin masa tuh,minda bawah sedar aku sedang berjalan....

bai, assalamualaikum.. =)

Tuesday, February 7, 2012

ada tak?




ramai antara kawan3 yang bercerita pasal buku nih. ermm, aku nih pantang orang cakap best!mesti mudah terpengaruh. mereka berkata, buku nih best! (buku ke? tapi kawan3 aku panggil buku nih 'tafsir fil zilal', xdak lak sebut buku ataupun kitab )

hari tuh,p pwtC, book fair. buku nih tak dijual senaskah. kalu nak, kena beli 9jilid sekali gus, harga? rm900+,then, after diskaun rm600+. tp kan,kawan aku cakap ada yang jual rm400+. kalo camtuh, hold dulu laa, survey3 lagi.

*kat sini ada info perihal kitab nih. tekan sini


nota kaki; kalo bakal suami ada buku nih kan bagus. tak payah aku nak beli. kekeke (gelak jahat sungguh + kedekut) ngan benda baik pun nak kedekut ke,aida..haaa?!