Friday, February 10, 2012

azam di umur baru

wishlist tahun nih sebenarnya banyak! sampai xtau nak start tulis dari mana.

pertama-tamanya...aku nak buang bahasa sarkastik yang aku terbiasa guna. pedih woo sape kena.. tapi itulaa..makin nak buang makin kerap plak guna. syuh3! pegilaa sarkastik oii.aku da xnak buat org sentap walaupun aku bercakap dalam erti kejujuran (erk?.mcm dialog vanilla coklat la plop)

kedua-duanya.. eden.nak simpan tentang perkara yang eden tau ataupun tertau, tau dengan tak sengaja. melainkan perkara tuh membawa kebaikan. eden ngak mau memberi saham buruk kat orang. p duk nyampai3 cerita. takot ler. ngak mau begitu. sebelum pape yg lebih buruk terjadi (spt fitnah, umpatan atau cacian) baik diamkan aje walaupun tau cerita tersebut.

haa..dua ni jelaa setakat nih aku nak istiqamah. kena kuat wooo..sebab aku nih pompuan. suka bercakap + banyak. (baik jadi pendiam sebenarnya, kurang dosa)


nota kaki:

susah jgk ye nak tanggalkan sisa-sisa jahiliah dalam diri. buat sahabat3 di luar sana, doakan aku. doakan aku istiqamah.. insya Allah. ameen3...

Wednesday, February 8, 2012

fyP

baca balik tajuk pon bole tensen! ..fyp, stand for 'final year project'. dan sbb fyp lah aku bersama3 kawan3 yang lain masih berada di kolej walaupun ketika cuti sem (detik ini).

:doakan kami punya projek berjalan dengan lancar ,ye. insya Allah..:

sampai satu tahap, kalau ada projek tak smooth, aku cuma fikir satu perkara. nak balik! seriusly,... mau tenang fikiran mungkin. dan perkara kedua, nak kahwin! ntahpapentah. asal tensen, itu laa perkara yang boleh pikir. dan pas kepala normal sket, pandai3 lah aku handle ketensenan aku tuh mengikut akal dan iman yang tipis.

tapi serius,kali ini, stuck lagi. tak cukup bikar. dan seterusnya,aku hanya pikir, mau balik! balik ganu laa. balik!

sampai satu tahap, aku da boleh bt hipotesis untuk diri sendiri

:semakin tua, semakin homesick:

ntahpapentah.


nota kaki:
asal kalo aku tgok someone tuh aku rasa sebak + nak nanges.kenapa ye?..tapi, seperti biasa, aku diberikan kelebihan muka ngak bole menunjukkan riak ataupun perasaan kat hati. muka aku steady gitu je. sedeh ke, gembira ke, berdebor ke, apa-apa laa yang berkaitan dengan perasaan.

tapi, serius,tgok 'dia' aku rasa mau nangis. mungkin masa tuh,minda bawah sedar aku sedang berjalan....

bai, assalamualaikum.. =)

Tuesday, February 7, 2012

ada tak?




ramai antara kawan3 yang bercerita pasal buku nih. ermm, aku nih pantang orang cakap best!mesti mudah terpengaruh. mereka berkata, buku nih best! (buku ke? tapi kawan3 aku panggil buku nih 'tafsir fil zilal', xdak lak sebut buku ataupun kitab )

hari tuh,p pwtC, book fair. buku nih tak dijual senaskah. kalu nak, kena beli 9jilid sekali gus, harga? rm900+,then, after diskaun rm600+. tp kan,kawan aku cakap ada yang jual rm400+. kalo camtuh, hold dulu laa, survey3 lagi.

*kat sini ada info perihal kitab nih. tekan sini


nota kaki; kalo bakal suami ada buku nih kan bagus. tak payah aku nak beli. kekeke (gelak jahat sungguh + kedekut) ngan benda baik pun nak kedekut ke,aida..haaa?!

Sunday, February 5, 2012

identiti diri

celik mata pagi-pagi, said Alhamdulillah. dan terpikir, kenapa Allah hidupkan aku hari nih. apa khabar mereka di alam 'sana' agaknya?

teringat pada mereka yang terlebih dahulu bertemu Ilahi. Al - Fatihah buat mereka.

ermm..bila turn kita ye?

fikir punya fikir, astaghfirullah.. memang banyak dosa lagi dan tak layak nak menghadap Allah dgn bawak kotoran. kotoran yang banyak! Allah nak suci dahulu semua dosa dosa kita sebelum pergi menghadap-Nya. Berfikirlah,(untuk diri sendiri)

bila terbaca buku tulisan Harun Yahya, Keindahan DiLangit, baru tersedar, kecik nya diri. Dalam tuh, ada perbandingan bumi dengan galaksi, bimasakti, bumi hanyalah ibarat habuk yang langsung tak nampak..Bumi ibarat sebesar HABUK! nak dibandingkan diri kita yang kecik dari bumi? nampak ke? terhantuk sekejap dan terfikir. tiada guna nya nak sombong.tiada guna rasa diri tinggi. tiada guna rasa diri berjawatan. rasa diri lebih hebat dari orang lain. takde maknanya.

dan,

dalam diri mencari identiti sebenar diri, terbentang permasalahan yang langsung tak terfikir boleh timbul. cuma, yang terfikir, masalah study-final year project- tapi, apakan daya. manusia hanya mampu merancang. tapi perlu igt, sebaik-baik rancangan adalah rancangan daripada Allah.

buat yang dalam kesulitan, ingat lah firman Allah

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)


Baik kan Allah? so, tugas kita bersangka baiklah dengan Allah. jangan penah berputus asa dengan hidup. teruskan dengan hidup, berpegang dan hanya berharap padaNya. insya Allah. semuanya akan kembali pulih =)

at last, buatlah sesuatu perkara, hanya bersandarkan kepada Allah. hanya kepadaNya. Ikhlas kerana Allah. sandarkanlah hanya padaNya. Bukan sebab nak jaga hati kawan semata-mata.bukan sebab nak mintak mak ayah sayangkan kita lebih. bukan sebab nak tonjolkan diri kita lebih daripada orang lain. bukan untuk dapatkan balasan dari orang lain dengan apa yang kita buat. bukan nak mintak kawan kita sayang kita banyak. bukan sebab nak kawan gembira semata-mata. bukan! PLEASE, kalau tidak, kita akan penat, sebab? manusia tak dapat membaca hati kita. Biarlah Allah.Biarlah Dia sahaja yang judge kita. sebab Dia Maha Melihat

nota kaki; doakan aku. doakan aku. doakan aku.