Sunday, February 5, 2012

identiti diri

celik mata pagi-pagi, said Alhamdulillah. dan terpikir, kenapa Allah hidupkan aku hari nih. apa khabar mereka di alam 'sana' agaknya?

teringat pada mereka yang terlebih dahulu bertemu Ilahi. Al - Fatihah buat mereka.

ermm..bila turn kita ye?

fikir punya fikir, astaghfirullah.. memang banyak dosa lagi dan tak layak nak menghadap Allah dgn bawak kotoran. kotoran yang banyak! Allah nak suci dahulu semua dosa dosa kita sebelum pergi menghadap-Nya. Berfikirlah,(untuk diri sendiri)

bila terbaca buku tulisan Harun Yahya, Keindahan DiLangit, baru tersedar, kecik nya diri. Dalam tuh, ada perbandingan bumi dengan galaksi, bimasakti, bumi hanyalah ibarat habuk yang langsung tak nampak..Bumi ibarat sebesar HABUK! nak dibandingkan diri kita yang kecik dari bumi? nampak ke? terhantuk sekejap dan terfikir. tiada guna nya nak sombong.tiada guna rasa diri tinggi. tiada guna rasa diri berjawatan. rasa diri lebih hebat dari orang lain. takde maknanya.

dan,

dalam diri mencari identiti sebenar diri, terbentang permasalahan yang langsung tak terfikir boleh timbul. cuma, yang terfikir, masalah study-final year project- tapi, apakan daya. manusia hanya mampu merancang. tapi perlu igt, sebaik-baik rancangan adalah rancangan daripada Allah.

buat yang dalam kesulitan, ingat lah firman Allah

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)


Baik kan Allah? so, tugas kita bersangka baiklah dengan Allah. jangan penah berputus asa dengan hidup. teruskan dengan hidup, berpegang dan hanya berharap padaNya. insya Allah. semuanya akan kembali pulih =)

at last, buatlah sesuatu perkara, hanya bersandarkan kepada Allah. hanya kepadaNya. Ikhlas kerana Allah. sandarkanlah hanya padaNya. Bukan sebab nak jaga hati kawan semata-mata.bukan sebab nak mintak mak ayah sayangkan kita lebih. bukan sebab nak tonjolkan diri kita lebih daripada orang lain. bukan untuk dapatkan balasan dari orang lain dengan apa yang kita buat. bukan nak mintak kawan kita sayang kita banyak. bukan sebab nak kawan gembira semata-mata. bukan! PLEASE, kalau tidak, kita akan penat, sebab? manusia tak dapat membaca hati kita. Biarlah Allah.Biarlah Dia sahaja yang judge kita. sebab Dia Maha Melihat

nota kaki; doakan aku. doakan aku. doakan aku.

No comments: