Tuesday, February 1, 2011

tolong aku!


Tolong ingatkan aku
Jika aku sedang terlupa

Tolong nasihati aku
Andai akhlakku tak mencerminkan akhlak sorang muslimah

Tolong tarik aku ke jalan yang lurus
Andai aku tersalah memilih jalan

Tolong ucapkan kepadaku
Ilmu yang dikejar hanyalah untuk mencari redhaNya

Tolong sedarkan aku
Bahawa keseronokkan dunia hanya sementara

Tolong beritahu aku
Ucapan maaf mampu membuat hatiku bahagia

Tolong ingatkan aku
CintaNya tak pernah kenal dengan erti kekecewaan


Tolong BERULANG-ULANG kali cakap padaku
Kematian boleh menjelma bilabila masa dihadapanku!!

::Duhai sahabat, duhai teman, duhai saudara seakidahku..tolonglah aku.
Kerna aku tak mampu melawan arus dunia yang begitu deras tanpa bantuan kamu.



Wan aida

1.30pm
31hb Januari 2011

No comments: